Skip to main content
x

"JANGAN LEPAS PELUANG" - TASHA MANSHAHAR

MUAR, 23 Julai 2016 - Dalam zaman serba moden dan teknologi canggih ini, tugas menjadi seorang guru lebih hebat dan berganda cabarannya. Tidak dinafikan pelajar sekolah sudah advance dan lebih terbuka dalam soal hidup terutamanya cinta. Inilah yang dihadapi oleh penyanyi cantik Tasha Manshahar atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar (25). Tasha yang sebelum ini menuntut di Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur yang kini mengajar di sebuah sekolah rendah di Melaka, mengaku bukan mudah jadi guru.

Cerita Tasha yang sudah masuk tiga bulan mengajar di sekolah tersebut: “Bila dah jadi cikgu ni, barulah saya sedar bukannya mudah mahu mendidik anak-anak murid yang setiap orang berlainan cara dan pemikirannya.

“Dalam masa yang sama, menjadi artis dan cikgu sekaligus sebenarnya satu kelebihan untuk saya. Memandangkan mereka mengenali saya sebagai penyanyi, saya jadikan nyanyian dan alat muzik itu sebagai alat bantu mengajar dalam kelas.

“Apa yang kelakar, sesetengah murid di kelas lain turut beratur di koridor sekolah untuk mengjenguk saya menyanyi,” jelas Tasha Manshahar yang mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Reka Bentuk Teknologi.

Sebagai guru, Tasha tidak ketinggalan mendaftar diri sebagai ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang dilihatnya mempunyai banyak kelebihan untuk jaminan masa depan. Jadi ahli dengan hanya membayar RM10 sebulan, YGMB menawarkan produk khairat kematian, kecacatan kekal atau hilang upaya, kemalangan secara bayaran ganti, elaun hospital, musibah dan banyak lagi.

“Terima kasih kepada pihak YGMB kerana memberi peluang kepada saya dan guru-guru muda lain untuk mendaftar sebagai ahli. Sejujurnya sebelum ini saya tidak tahu secara terperinci tentang YGMB, sehinggalah saya mendapat penerangan daripada pihak mereka sendiri dalam acara bersama guru muda Muar, Johor.

“Kepada guru-guru muda di luar sana, jangan lepaskan peluang mendaftar sebagai ahli YGMB ya! Banyak kelebihan yang ditawarakan adalah satu bonus buat kita semua.” Tambah Tasha lagi.

Walaupun mengajar, Tasha masih aktif menyanyi di hujung minggu kerana tidak mahu mengganggu tugasnya sebgaai pendidik. Terbaharu, Tasha sudah pun muncul dengan album solo berjudul Bukan Aku yang memuatkan enam lagu iaitu Bukan Aku, Masih Perlu, Terima Kasih Cinta, Ragu-Ragu (duet bersama Syed Shamim), Cinta Apa Adanya dan Oh No.