Skip to main content
x

PENYAMPAIAN FAEDAH KEBAJIKAN AHLI YGMB DI BERA

BERA, 21 NOVEMBER 2019 - Penyampaian pada kali ini di daerah Bera, Pahang kepada 3 penerima yang kesemuanya adalah Ahli Skim 16 YGMB. Mereka adalah:

Hazliza Abd Halim (No. Ahli : 1667280) Pembantu Makmal yang kini bertugas di SM Sains Bagan Datoh, Perak menerima RM1000 untuk faedah kebajikan ‘Insentif Pendidikan Ahli Ke IPT selepas menyambung pengajian peringkat ijazah ke Universiti Malaya.

Harlina Mohd Ali (No. Ahli : 1673575) guru dari SK Kuala Krau yang menyambung pengajian ijazah ke Universiti Kebangsaan Malaysia turut menerima RM1000 bagi faedah kebajikan yang sama.

Romlah Mat Zain (No. Ahli : 26765) guru dari SK Bandar Temerloh pula menerima RM500 bagi faedah kebajikan ‘Insentif Pendidikan Anak Ahli Ke IPT’ untuk anak yang mendaftar pengajian di Universiti Malaya.

Penyampaian telah disempurnakan oleh Rock Jepril Mohamad Noor, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bera yang turut diiringi bersama Dato Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB pada program Profesionalisme Pemantapan Soft-Skill Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi Peringkat Daerah Bera.