Skip to main content
x

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KHAIRAT KEMATIAN ALLAHYARHAMAH CIKGU MAZATUL ASHEQIN BADARUDDIN

MUAR24 Jun 2019,  Sumbangan Khairat Kematian Allahyarhamah Cikgu Mazatul Asheqin Badaruddin telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB sambil disaksikan oleh Guru Besar  SK Sg. Balang Darat, Puan Yusnita ketika sesi taklimat Skim Keahlian Baharu kepada semua guru sekolah berkenaan.

Sumbangan berjumlah RM8,000.00 telah disampaikan kepada waris yang juga suami kepada Allahyarhamah iaitu En. Mohd Shahzihan Md Salih. Allahyarhamah yang juga guru bertugas di SK Sg. Balang Darat meninggal dunia akibat komplikasi penyakit buah pinggang.