portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU BERSYUKUR NASIB AHLI YGMB HIDAP PENYAKIT KRITIKAL TERBELA

Galeri

KELANTAN – Nasib Ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang ditimpa penyakit kritikal terbela tanpa mengira tempoh selama mana menjadi ahli melalui manfaat kebajikan yang disediakan.

Terbaharu yang menerima manfaat kebajikan itu ialah Pengetua SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Un Mat, 59, yang menghidap serangan jantung pada 7 oktober 2021.

“Saya bersyukur menjadi salah seorang ahli skim YGMB kerana saya sendiri tidak menyangka dengan sumbangan yang diberikan begitu besar bagi warga pendidik yang memerlukan”.

Beliau juga berkata, YGMB telah memberi nafas baru kepada guru-guru yang ditimpa kemalangan dengan manfaat yang disediakan meskipun kemalangan tersebut telah berlaku dalam tempoh yang agak lama.

Majlis penyampaian sumbangan sebanyak RM25,092.20 di SK Kubang Kerian 3 yang disempurnakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan PPD Kota Bharu dan juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, DRs Ahmad Yani Muhammad.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Amran Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.