Skip to main content
x

AHLI SEUMUR HIDUP

Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994 dengan 4 manfaat kebajikan yang disediakan ketika itu.

Bagi menghargai peranan ASH sebagai pelopor kepada penubuhan yayasan ini, tambahan satu lagi manfaat baharu telah diberikan mulai tahun 2013 iaitu Hadiah Persaraan.

Ini menjadikan bilangan manfaat yang boleh dituntut oleh ASH adalah 5 manfaat kebajikan kesemuanya berbanding hanya 4 yang diperkenalkan pada awal penubuhan.

Senarai manfaat kebajikan ASH adalah seperti berikut:

Manfaat Ahli Seumur Hidup

TERMA DAN SYARAT

1. Semua manfaat kebajikan hanya layak dituntut sekali sahaja.

2. Semua tuntutan manfaat kebajikan perlu dibuat menggunakan Borang Tuntutan Ahli Seumur Hidup (ASH) bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan dari tarikh setiap kejadian.

3. Bagi manfaat Insentif Pendidikan boleh dituntut untuk salah seorang sahaja sama ada ahli atau anak ahli yang berumur 25 tahun ke bawah yang telah menamatkan pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda ke atas atau setaraf sahaja (dihantar selewat-lewatnya 6 bulan dari tarikh konvokesyen).

4. Bayaran manfaat Rawatan Hospital adalah berdasarkan kepada kos atau bil rawatan perubatan dari mana-mana institusi kesihatan awam atau swasta dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM500 sahaja.