Enter your keyword

Ahli Skim 18

SKIM KEAHLIAN YGMB

RM 28.00 SEBULAN

Ahli Skim 18 (AS18) yang menawarkan sebanyak 18 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018. Produk terbaharu ini merupakan skim perlindungan dan kebajikan yang lebih komprehensif bagi memenuhi keperluan semasa guru-guru termasuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan di seluruh negara.

Skim ini terbuka kepada warga pendidikan yang berumur 55 tahun ke bawah. Skim ini juga terbuka kepada Ahli Seumur Hidup (ASH) dan Ahli Skim 16 (AS16) yang berminat untuk menukar kategori keahlian mereka mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Tempoh maksimum keahlian AS18 adalah sehingga mencapai umur 60 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan. Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 60 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan. Sebarang permohonan untuk meneruskan keahlian AS18 selepas bersara adalah tidak diterima.

Bagaimanapun berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara pada awal tahun 2020, YGMB telah menambah satu lagi manfaat baharu iaitu Rawatan Covid-19 yang boleh dituntut berkuatkuasa mulai Jun 2020. Ini menjadikan bilangan manfaat yang boleh dituntut oleh AS18 adalah 19 manfaat kebajikan kesemuanya berbanding hanya 18 semasa skim ini diperkenalkan.

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM 18

SENARAI

BIL MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM 18 ( RM 28 SEBULAN)
NILAI (RM)
1 KHAIRAT KEMATIAN  
  ** Biasa 27,000.00
  ** Kemalangan 52,000.00
2 KHAIRAT KEMATIAN – PASANGAN AHLI 2,000.00
3 KHAIRAT KEMATIAN – ANAK AHLI (Maksima 3 orang berumur 18 tahun ke bawah) 1,000.00
4 KEILATAN KEKAL MENYELURUH (BIASA) 25,000.00
5 KEILATAN KEKAL MENYELURUH (KEMALANGAN) 50,000.00
6 KEILATAN KEKAL SEPARA (KEMALANGAN) Sehingga 25,000.00
7 ELAUN HOSPITAL (Kemasukan ke hospital maksima 365 hari @ RM 25.00/hari) Sehingga 25.00/hari
8 PENYAKIT KRITIKAL 25,000.00
9 RAGUT Sehingga 1,000.00
10 KEMALANGAN JALAN RAYA  
  ** Kos Perubatan Hospital Sehingga 10,000.00
  ** Kos Perubatan Klinik Sehingga 5,000.00
  ** Kos Peralatan Sokongan Sehingga 500.00
11 INSENTIF PENDIDIKAN – AHLI 1,000.00
12 INSENTIF PENDIDIKAN – ANAK AHLI 500.00
13 BENCANA (Banjir/Kebakaran/Ribut) Sehingga 500.00
14 SAGUHATI MENGERJAKAN HAJI 500.00
15 HADIAH PERSARAAN 500.00
16 HADIAH KELAHIRAN ANAK 300.00
17 HADIAH PERKAHWINAN 300.00
18 KOS BANTUAN GUAMAN Sehingga 30,000.00
19 RAWATAN COVID-19 Sehingga 300.00

SKIM AHLI YGMB

Klik pada mana-mana icon untuk mengetahui lebih lanjut

SKIM EMAS

Skim Emas diperkenalkan pada tahun 2021 dengan perlindungan baharu untuk guru dengan manfaat terbaik.

SKIM 18

Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 19 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018.

SKIM 16

Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 17 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012.

SKIM SEUMUR HIDUP

Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994.

Whatsapp kami
1