Enter your keyword

Blog

YGMB SOKONG AHLI SAMBUNG BELAJAR

PUTRAJAYA, 1 Ogos 2017 –Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan bagi faedah Kemasukan Ahli Ke IPTA berjumlah RM1,000 kepada Zuliana Zamzam, guru dari SK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya. Beliau sedang mengikuti pengajian secara separuh masa peringkat sarjana di UKM. Sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan […]

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN KEAHLIAN BAHARU YGMB

PUTRAJAYA, 23 Julai 2017– Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di Marina, Putrajaya semalam berlangsung ceria. Dalam majlis itu, guru SJK (C) Chung Hwa ‘P’, Kuala Lumpur, Faridah Mohd Jamaludin (tiga dari kiri) turut memenangi hadiah utama berupa sebuah Motosikal Honda Beat F1. Antara pemenang lain yang bertuah adalah Mohd Dzulhafidzan […]

TINGKAT PROFESIONALISME GOLONGAN PENDIDIK

MARAN, 20 Julai 2017 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) melangkah setapak ke fasa baharu apabila tidak hanya menumpukan kepada kebajikan guru semata-mata tetapi membantu meningkatkan profesionalisme golongan pendidik. Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, sehingga kini hampir 30,000 guru dari seluruh negara telah menyertai program peningkatan profesionalisme yang dianjurkan pihaknya sejak […]

GURU TERHARU DAPAT PEMBELAAN YGMB

JOHOR BAHRU, 12 Julai 2017 – Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 3, di sini terharu apabila mendapat pembelaan kebajikan daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan menerima sumbangan bantuan rawatan hospital berjumlah RM10,000. Menurut guru, S. Pumalai, 34, yang mengalami kecederaan parah apabila terlibat dalam kemalangan setelah kereta Perodua MyVi dinaikinya dirempuh sebuah bas […]

YGMB BANTU RINGANKAN BEBAN WARIS 2 GURU

KOTA BHARU, 6 Jun 2017 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada waris Nai Zura Mahamad, 44, guru yang meninggal dunia ketika sambutan Hari Guru di SK Othman Talib 1, Pasir Mas, 16 Mei lalu. Sumbangan sebanyak RM8,000 itu disampaikan oleh Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom kepada suami […]

LAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK, BERKEMAHIRAN TINGGI

JENGKA, 18 Mei 2017 – Kira-kira 100 pelajar melibatkan 52 buah sekolah rendah di daerah Maran, Pahang terlibat dalam pertandingan Koakademik Bahasa Melayu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jengka 11 baru-baru ini. Upacara penutup pertandingan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Datuk Wan Munadi Wan Mamat. “Pertandingan itu bertujuan […]

CALON UPSR, PT3, SPM BOLEH DAPATKAN BUKU SOALAN

JOHOR BAHRU, 10 Mei 2017 – Calon-calon yang akan menduduki tiga pepe­riksaan utama tahun ini berpeluang mendapatkan kertas soalan lengkap yang telah dibukukan pada Festival Hari Guru bermula Jumaat ini hingga Selasa depan di Angsana Mall, Johor Bahru. Kertas soalan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu […]

YGMB BANTU JAYAKAN TN2050 – MAT KE-23

PERMATANG PAUH, 29 April 2017 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sedia membantu kerajaan menjayakan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan menyediakan input serta berkongsi kepakaran dalam aspek pendidikan. TN50 adalah salah satu visi negara yang memberi penekanan kepada golongan muda termasuk guru-guru muda dan merekalah yang akan mencorakkan agenda itu pada masa depan. Pengerusi YGMB, […]

PESARA GURU DIMINTA KONGSI KEPAKARAN

SEBERANG JAYA, 1 April 2017 – Pesara guru disarankan terus berkhidmat kepada masyarakat terutama golongan muda dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi merealisasikan kejayaan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50). Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pengalaman lebih 30 tahun dimiliki pesara guru wajar dimanfaatkan untuk memacu pembangunan negara. Katanya, guru […]

Whatsapp kami
1