Enter your keyword

post

GURU TERIMA HADIAH TERAKHIR DARIPADA SUAMI MENINGGAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG

GURU TERIMA HADIAH TERAKHIR DARIPADA SUAMI MENINGGAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG

RANAU, 1 NOVEMBER – “Saya tidak pernah menyangka”. Itu yang diucapkan oleh seorang guru dari SMK Kundasang, Sabah, Mary Miki yang menerima Khairat Kematian sebanyak RM52,020.60 yang dianggap sebagai “hadiah terakhir” daripada suaminya yang meninggal dunia pada 1 April lalu akibat serangan jantung.

Isteri kepada mendiang Marcelus Johnny yang bertugas di PPD Ranau itu tidak menyangka suaminya meninggalkan “hadiah” yang berharga buat mereka sekeluarga.

“Saya tidak tahu suami mendaftar sebagai Ahli Skim Emas sehinggalah menerima panggilan daripada wakil Yayasan Guru Malaysia Berhad berkenaan wang manfaat yang diberikan kepada kami setelah beliau meninggal dunia.”

Tambahnya sebelum ini, mendiang mempunyai insurans, namun yuran bulanan yang semakin meningkat membuatkan beliau menghentikan perkhidmatan insurans tersebut.

“Dengan adanya wang manfaat ini, sedikit sebanyak membantu kami sekeluarga meneruskan kehidupan seharian malah pada hari ini juga saya telah mendaftar sebagai Ahli Skim Emas.”

Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana urusan dokumentasi mendiang suaminya dengan pihak YGMB amat mudah hanya melalui aplikasi Whatsapp untuk membuat tuntutan.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pengerusi YGMB, Tuan Haji Aminudin Adam dan diiringi Tuan Haji Abidin Marjan, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat dan Barizah Mohd Kahar, Ketua PPD Ranau serta Mohd Yong Salleh, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB.

Wan Munadi dalam ucapannya berkata mendiang Marcelus menyertai Ahli Skim Emas pada Mac lalu sebelum beliau meninggal dunia pada 1 April yang mana keahliannya baru sebulan.

Beliau yang ditemui pada Program Keutuhan Guru Sekolah Daerah Ranau Tahun 2023 semalam berkata, YGMB sentiasa memberi perhatian dalam pengurusan kebajikan ahli-ahlinya.

“Kami akan terus komited dalam menjaga kebajikan para guru di Sabah dan akan terus menjalankan pelbagai program agar pendedahan mengenai kepentingan perlindungan seperti ini dapat dilakukan di seluruh negara.”

Ahli Skim Emas merupakan skim terbaharu yang diperkenalkan setahun yang lalu namun sudah ada lima penerima manfaat khairat kematian yang berpunca daripada penyakit kritikal di mana dua daripadanya adalah dari Sabah.

Whatsapp kami
1