Enter your keyword

post

GURU TIDAK LAYAK BELI POLISI INSURANS TARIK NAFAS LEGA YGMB SEDIA SKIM KEAHLIAN SERENDAH RM28

GURU TIDAK LAYAK BELI POLISI INSURANS TARIK NAFAS LEGA YGMB SEDIA SKIM KEAHLIAN SERENDAH RM28

KUANTAN – Keahlian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) amat signifikan dalam keadaan trend penyakit kritikal yang semakin meningkat pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat berkata, keahlian dalam skim yang ditawarkan YGMB itu dapat memberikan perlindungan tambahan kepada para guru.

Meskipun menghidapi sebarang penyakit kritikal dan tidak layak untuk membeli sebarang polisi insurans, YGMB terus komited dalam mengutamakan kebajikan guru dan sedia menerima keahlian mereka.

“Kita faham ramai guru yang dalam lingkungan umur 45 hingga 50 tahun ke atas mungkin pada waktu muda terlepas pandang untuk mendapatkan sebarang polisi insurans atau pun takaful.

“Dalam keadaan usia yang berumur di samping menghidapi sebarang penyakit ini sukar untuk mereka mendapatkan mana-mana polisi perlindungan dan jika ada mereka perlu membayar dengan kos yang sangat tinggi,” ujar beliau yang ditemui pada Kolokium Amalan Terbaik Pengetua dan Guru Besar peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Usaha YGMB dalam memelihara kebajikan dan keperluan para pendidik dengan menawarkan perlindungan kepada guru-guru melalui keahlian dalam YGMB ini dapat mengurangkan beban para guru sekiranya diuji dengan penyakit kritikal, kemalangan, bencana dan sebagainya.

“Meskipun guru-guru ini menerima rawatan secara percuma di hospital kerajaan, namun terdapat pelbagai lagi kos lain yang ditanggung untuk mereka menjalani kehidupan seharian terutamanya apabila pergerakan terbatas kerana penyakit mereka dan disinilah Skim Keahlian YGMB berperanan membantu ringankan beban.

Dengan menyertai skim keahlian di bawah YGMB serendah RM28 dan RM35 ini, ia dapat dimanfaatkan oleh para guru apabila menghadapi sebarang perkara yang tidak dijangka.”

YGMB telah menyalurkan kira-kira RM1.8 juta setahun di bawah pelbagai kategori manfaat skim keahliannya kepada guru-guru di seluruh negara melibatkan keseluruhan 30 manfaat gabungan perlindungan daripada empat skim keahlian serendah RM200 sehingga RM100,000.

Whatsapp kami
1