Enter your keyword

post

HARI RAYA TIDAK BERMAKNA TANPA IBU

HARI RAYA TIDAK BERMAKNA TANPA IBU

Kedatangan ramadhan dan syawal tidak lagi bermakna buat Muhammad Fadhli Hasya Azeman, 22, dan lima adik-beradiknya setelah kehilangan ibu tercinta, Fadhilah Ahmad (51 tahun) yang meninggal dunia pada 7 Mac 2018. Allahyarhamah Fadhilah merupakan guru di SK Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan meninggal dunia kerana penyakit kanser limfoma yang dideritai sejak bertahun lamanya.

“Raya tahun ini memang tidak ada maknanya sejak kematian ayah dan ibu. Tujuh tahun lalu kami kehilangan ayah dan tahun ini kami kehilangan emak pula. Kalau ada emak selalunya pada malam raya kami akan berkumpul beramairamai membantu membersihkan balang serta memasukkan biskut-biskut raya.”

“Kami juga akan merindui masakan arwah emak kami seperti nasi kerabu, nasi dagang, ketupat palas, rendang ayam dan rendang itik yang emak masak dengan banyak pada pagi Hari Raya.”

“Tahun ini mungkin kami beraya secara sederhana sahaja. Persiapan raya pun hanya untuk adik-adik saya yang masih bersekolah lagi,’’ kata Muhammad Fadhli lagi.

Muhammad Fadhli juga tidak menyangka yang arwah emak mereka menjadi ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). “Terkejut juga kami ketika menerima sumbangan kebajikan Khairat Kematian ahli YGMB sebanyak RM8,000. Dapat jugalah duit itu kami guna untuk keperluan persekolahan adik-adik.”

“Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada YGMB kerana bantuan ini dapat meringankan beban kami serta membantu kami membuat persiapan Hari Raya.”

Whatsapp kami
1