Skip to main content
x

Hotel Monaco

1

 

 

 

HOTEL MONACO milik penuh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang berkonsepkan boutique hotel dan serba baharu mula beroperasi pada 2018. Lokasinya yang cukup strategik di tengah-tengah bandar Cyberjaya dan berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sangat sesuai dijadikan tempat penginapan atau persinggahan bagi urusan kerja atau percutian bersama keluarga.

 

Menginap di Hotel Monaco membolehkan pelanggan menikmati pelbagai kemudahan dan akses dalam lingkungan memandu dengan masa yang singkat seperti Pusat Membeli Belah DPULZE (100 meter), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Pusat Membeli Belah IOI (15 minit), Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Dataran Merdeka Putrajaya, Masjid Putra, Hospital Putrajaya (2.7 KM) dan banyak lagi selain daripada dikelilingi dengan puluhan restoran yang popular.

 

Pelanggan juga amat mudah untuk mendapatkan pelbagai kemudahan pengangkutan awam termasuk lokasinya yang amat berdekatan dengan Stesen Bas Putrajaya Sentul (2.3 KM) dan Stesen ERL Putrajaya (2.4 KM). Begitu juga jarak perjalanan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya lebih kurang 20 KM dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah 25.4 KM sahaja.

 

Hotel Monaco menjanjikan pengalaman penginapan yang menarik dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang disediakan dengan tawaran harga yang amat berpatutan. Pelbagai kategori bilik termasuk bilik keluarga, kemudahan bilik perbincangan, kaunter penerimaan pelanggan 24 jam, Wi-Fi percuma dan sebagainya disediakan untuk menjamin keselesaan pelanggan. Hotel Monaco turut menawarkan potongan harga istimewa sebanyak 10% kepada semua Ahli YGMB.

 

Sebarang tempahan dengan tawaran-tawaran menarik boleh dibuat melalui;

Telefon Hotel: 03-8322 3595

Website Hotel Monaco https://monaco-hotel-cyberjaya.business.site/

Expedia: expedia.com.my

Booking: booking.com

Agoda: agoda.com

Hotels: hotels.com

Trip: trip.com

 

2

 

3

 

4

 

 

 

PETA LOKASI

Suite 4801-0-02, Jalan Perdana, Cyber 12, Cyberjaya, Selangor.