Kongsi bersama

Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen

PUTRAJAYA, 24 Dis 2020 – Seramai lima orang guru telah menerima tajaan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sebanyak RM4,000 berserta pakej keahlian eksklusif selama tiga tahun yang bernilai RM1,000 menerusi Peny ampaian Anugerah Khas Pendidikan Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-49 Tahun 2020.

Mereka terdiri daripada Guru Besar SMK Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan; Cikgu Rozeman Din, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian; Tuan Haji Zanol Awang, Pegawai Pendidikan Daerah Kapit; Dr. Nur Ain Elzira Abdullah, Guru Besar SM Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan; Cikgu Mohd Abd Aziz Mahmud dan Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, Selangor; Cikgu Sukiman Juki.

Guru-guru tersebut menerima anugerah khas menerusi sumbangan dalam bidang masing-masing iaitu Kebajikan dan Kemasyarakatan, Inovasi KPM – Aplikasi, Penulisan, Kepimpinan (Menengah) dan Kepimpinan (Rendah).

Tajaan tersebut disampaikan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr. Radzi Jidin yang hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-49 tahun 2020 di Hotel Everly, Putrajaya di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah, Timbalan Menteri Pendidikan 1; YB Muslimin Yahaya, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB); Tuan Haji Aminudin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB; Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.

Program yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang pegawai dan guru itu dilaksanakan dalam suasana kebiasaan baharu serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Tahniah diucapkan kepada semua guru cemerlang tahun ini.