Kongsi bersama

Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Hj. Rozaini Ahmad menyambut baik usaha Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dalam membela nasib setiap ahlinya yang terdiri daripada kalangan warga pendidik.

Rozaini berkata, pihaknya akan sentiasa menyokong dan mengharapkan agar YGMB terus menjaga kebajikan warga pendidik khususnya guru-guru di negeri Kedah.

Pada masa yang sama, Rozaini menyerahkan Khairat Kematian Ahli Skim 16 YGMB iaitu Penolong Pegawai Pendidikan Unit Peperiksaan PPD Kulim, Allahyarham Zaini Muhamad, 51 kepada isteri arwah, Cikgu Norhashikin Haroon yang juga merupakan Guru Kanan Teknik Vokasional di SMK Sultan Badlishah bernilai RM8,000 yang turut dihadiri anaknya sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.

Allahyarham Zaini Muhamad meninggal dunia pada 29 Oktober 2020 akibat salur darah bengkak dan pendarahan di kepala.