Kongsi bersama

BUKIT MERTAJAM, 8 April 2021 – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang teruskan jalinan strategik dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dalam siri Ziarah Cakna sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang dekat sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat menyerahkan Sumbangan Khas dan Hadiah Persaraan keahlian YGMB kepada Bekas Ketua Pegawai Pendidkan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah, Syed Jaafar Syed Abd Aziz sambil disaksikan oleh Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.

Sementara itu, kemuncak Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dekat sini hari ini.