Kongsi bersama

KUALA LUMPUR – Skim Emas yang diperkenalkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) mampu memberi perlindungan yang terbaik kepada warga pendidik kerana meliputi pelbagai manfaat kebajikan.

Rata-rata ahli baharu Skim Emas itu memberikan reaksi positif apabila mereka diberikan peluang perlindungan yang baharu melalui skim yang diperkenalkan YGMB sempena Sambutan Hari Guru lalu.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Zainal Abas berkata, Skim Emas memberikan kelebihan kepada warga pendidik terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 55 tahun ke atas.

“Segala manfaat Skim Emas memberi kelebihan kepada warga pendidik. Apabila umur semakin meningkat, kita perlukan perlindungan yang terbaik, apabila diperkenalkan skim ini, saya terus menyertainya.

“Untuk para guru, rebutlah peluang terbaik yang disediakan YGMB ini. Insyaallah akan dapat memberi perlindungan yang baik untuk kita selepas ini,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Selain itu, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Nasir Mohamed Yunos berkata, Skim Emas adalah peluang terbaik kerana sebelum ini mereka yang berumur 55 tahun ke atas tidak dapat sertai skim YGMB.

Nasir berkata, selepas mendengar penerangan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat tentang Skim Emas beliau sangat tertarik untuk menyertai skim baharu YGMB itu.

“Bagi saya, skim ini sangat baik untuk warga pendidik, sebelum ini guru-guru berumur 55 tahun ke atas tiada peluang. Jadi, dengan adanya Skim Emas ini, ia adalah peluang terbaik untuk perlindungan.

“Manfaatnya pula bagi saya menyeluruh, positif Covid-19 pun ada ‘cover’. Ini adalah satu perkara yang amat bagus. Sebelum ini saya tidak berpeluang sertai skim YGMB tetapi, apabila ada Skim Emas saya terus masuk,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Muar, Moh Sulaman Ahmad berkata, secara keseluruhan Skim Emas sangat bagus kerana dapat memberi perlindungan kepada ahlinya sehingga berumur 80 tahun.

“Bagi saya, kakitangan awam mempunyai wang persaraan selepas ini. Mereka boleh bayar ‘lump sum’ sehingga umur 80 tahun sebagai persediaan. Ini juga sebagai pelan kecemasan kita selepas bersara.

“Skim yang diperkenalkan YGMB ini juga antara yang terawal memasukkan manfaat kebajikan jika kita positif Covid-19. Alhamdulillah, terima kasih YGMB kerana terus prihatin membela nasib guru,” katanya.

Dalam pada pada itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jelebu dan Jempol, Anuar Nordin berkata, beliau telah menghantar borang untuk menjadi ahli Skim Emas selepas tertarik dengan segala manfaat kebajikan yang disediakan.

Sumber: Malakat Tribune (https://www.malakattribunenews.com/)