SKIM

AHLI SEUMUR HIDUP

Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994 dengan 4 manfaat kebajikan yang disediakan ketika itu. Bagi menghargai peranan ASH sebagai pelopor kepada penubuhan yayasan ini, tambahan satu lagi manfaat baharu telah diberikan mulai tahun 2013 iaitu Hadiah Persaraan.

Bagaimanapun berikut Pandemik Convid-19 yang melanda seluruh negara pada awal tahun 2020, YGMB telah menambah satu lagi manfaat baharu iaitu Positif Convid-19 yang boleh dituntut berkuatkuasa mulai Jun 2020. Ini menjadikan bilangan manfaat yang boleh dituntut oleh ASH adalah 6 manfaat kebajikan kesemuanya berbanding hanya 4 yang diperkenalkan pada awal penubuhan.

ASH juga boleh menukar status atau kategori keahlian terbaharu iaitu Ahli Skim 18 untuk menikmati 19 manfaat yang lebih komprehensif dengan bayaran yuran keahlian sebanyak RM28 sebulan tertakluk kepada terma dan syarat termasuk umur tidak melebihi 55 tahun.

SENARAI

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SEUMUR HIDUP

AHLI SEUMUR HIDUP

TERMA DAN SYARAT

  • Semua manfaat kebajikan hanya layak dituntut sekali sahaja. 
  • Semua tuntutan manfaat kebajikan perlu dibuat menggunakan Borang Tuntutan Ahli Seumur Hidup (ASH) bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan dari tarikh setiap kejadian. 
  • Bagi manfaat Insentif Pendidikan boleh dituntut untuk salah seorang sahaja sama ada ahli atau anak ahli yang berumur 25 tahun ke bawah yang telah menamatkan pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda ke atas atau setaraf sahaja (dihantar selewat-lewatnya 6 bulan dari tarikh konvokesyen). 
  • Bayaran manfaat Rawatan Hospital adalah berdasarkan kepada kos atau bil rawatan perubatan dari mana-mana institusi kesihatan awam atau swasta dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM500 sahaja.
YGMB

SKIM AHLI YGMB

Ahli Seumur Hidup

Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994.

Ahli Skim 16

Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 17 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012.

Ahli Skim 18

Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 19 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018.