RM 10 SEBULAN

AHLI SKIM 16

Ahli Skim 16 (AS16) dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 16 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012. Produk ini diperkenalkan sebagai usaha penjenamaan semula untuk menarik lebih ramai warga pendidik menyertai YGMB. Tempoh maksimum keahlian AS16 adalah sehingga mencapai umur 60 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan. Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 60 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan. Sebarang permohonan untuk meneruskan keahlian AS16 selepas bersara adalah tidak diterima.

Bagaimanapun berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara pada awal tahun 2020, YGMB telah menambah satu lagi manfaat baharu iaitu Positif Covid-19 yang boleh dituntut berkuatkuasa mulai Jun 2020. Ini menjadikan bilangan manfaat yang boleh dituntut oleh AS16 adalah 17 manfaat kebajikan kesemuanya berbanding hanya 16 semasa skim ini diperkenalkan.

AS16 juga boleh menukar status atau kategori keahlian terbaharu iaitu Ahli Skim 18 untuk menikmati 19 manfaat yang lebih komprehensif dengan bayaran yuran keahlian sebanyak RM28 sebulan tertakluk kepada terma dan syarat.

SENARAI

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM 16

YGMB

SKIM AHLI YGMB

Ahli Seumur Hidup

Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994.

Ahli Skim 16

Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 17 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012.

Ahli Skim 18

Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 19 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018.