RM 28 SEBULAN

AHLI SKIM 18

Ahli Skim 18 (AS18) yang menawarkan sebanyak 18 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018. Produk terbaharu ini merupakan skim perlindungan dan kebajikan yang lebih komprehensif bagi memenuhi keperluan semasa guru-guru termasuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan di seluruh negara.

Skim ini terbuka kepada warga pendidikan yang berumur 55 tahun ke bawah. Skim ini juga terbuka kepada Ahli Seumur Hidup (ASH) dan Ahli Skim 16 (AS16) yang berminat untuk menukar kategori keahlian mereka mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Tempoh maksimum keahlian AS18 adalah sehingga mencapai umur 60 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan. Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 60 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan. Sebarang permohonan untuk meneruskan keahlian AS18 selepas bersara adalah tidak diterima.

Bagaimanapun berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara pada awal tahun 2020, YGMB telah menambah satu lagi manfaat baharu iaitu Positif Covid-19 yang boleh dituntut berkuatkuasa mulai Jun 2020. Ini menjadikan bilangan manfaat yang boleh dituntut oleh AS18 adalah 19 manfaat kebajikan kesemuanya berbanding hanya 18 semasa skim ini diperkenalkan.

SENARAI

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM 18

YGMB

SKIM AHLI YGMB

Ahli Seumur Hidup

Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994.

Ahli Skim 16

Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 17 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012.

Ahli Skim 18

Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 19 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018.