RM 35 SEBULAN

AHLI SKIM EMAS

Keahlian Skim Emas (ASE) merupakan produk terbaharu yang diperkenalkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) pada 9 April 2021. Produk ini diperkenalkan sebagai hadiah atas sokongan jitu warga pendidik selama ini terhadap aktiviti dan program anjuran YGMB. Faktor utama pengenalan produk ini adalah bagi memastikan tiada seorang pun warga pendidik yang terlepas peluang menyertai YGMB, penyertaannya terbuka kepada warga pendidik berusia 64 tahun ke bawah sahaja.

Bagaimanapun, ASE tidak terhad kepada warga pendidik yang masih berkhidmat sahaja, malah mereka yang sudah bersara turut berpeluang menikmati manfaat-manfaat yang ditawarkan dengan jangka hayat perlindungan sehingga berumur 80 tahun. Mereka yang mendaftar untuk skim ini tidak perlu melampirkan sebarang rekod atau laporan pemeriksaan kesihatan.

Pengenalan skim ini juga bersesuaian dengan keadaan semasa dalam norma baharu ketika pandemik Covid-19, lebih-lebih lagi kepada warga pendidik yang berisiko. Bagi mereka yang masih menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH), Ahli Skim 16 (ASK16) atau Ahli Skim 18 (ASK18) turut dibenarkan menyertai ASE dengan terma dan syarat yang ditetapkan.

Menerusi ASE, yuran keahlian dikenakan sebanyak RM35 sebulan membolehkan ahli menikmati sebanyak 10 manfaat dengan nilai perlindungan lebih dua kali ganda berbanding ASK18 tertakluk kepada terma dan syarat.

SENARAI

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM EMAS