BUAT JULUNG KALINYA MAT YGMB DILAKSANA DALAM SUASANA KEBIASAAN BAHARU
Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen KOTA BHARU, 26 Dis 2020 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-26 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berjalan lancar meskipun pertama kalinya dijalankan dalam suasana kebiasaan baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Meskipun begitu, MAT dihadiri oleh seramai 150 orang ahli YGMB yang disahkan kehadiran menerusi prapendaftaran [...]
CIKGU RINA TERHARU, YGMB HADIR HULUR SUMBANGAN KHAS
Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen KUALA KRAI, 8 Dis 2020 – Cikgu Rina Kamaludin menzahirkan kesyukuran dan kegembiraannya atas kehadiran pihak Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan bagi menghulurkan sumbangan khas kepada dirinya yang disahkan menghidap penyakit diabetes kronik sejak tahun 2012. Menurut Rina, sumbangan tersebut sedikit sebanyak telah membantu [...]
BUKTI CINTA SUAMI MENGURUSKAN ISTERI TENAT HIDAP BARAH OTAK
Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen TANAH MERAH, 8 Dis 2020 – “Selagi hayat dikandung badan dan dikurniakan kudrat, saya akan tetap menjaga dan menguruskan isteri yang sedang terlantar sakit sebagai bukti cinta saya terhadapnya,” itu luahan hati suami kepada Cikgu Ku Ai Chean yang sedang menderita akibat barah otak. Suami kepada guru yang mengajar di [...]
PENINGGALAN AKHIR MENDIANG ISTERI BANTU RINGANKAN BEBAN SUAMI TERUSKAN HIDUP BERSAMA ANAK TUNGGAL
Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen SABAK BERNAM, 26 Nov 2020 – Meskipun masih berasa sedih dengan pemergian mendiang isteri, Cikgu K. Umamageswary, 32 sejak dua tahun lalu, namun suaminya, Cikgu K. Poobalasingam, 39 tetap bersyukur apabila menerima peninggalan terakhir isterinya sebagai ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) bernilai RM8,000 hari ini. Poobalasingam berkata, dia tidak [...]
KANSER LIMFOMA TIDAK HALANG NAZARUDDIN TERUSKAN PENGAJIAN PERINGKAT PHD
Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen LUKUT, 19 Okt 2020 – Meskipun disahkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap dua, namun ia tidak mematahkan semangat Nazaruddin Abdul Hadi, 45 untuk terus melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) yang sedang diikutinya sejak tahun 2018. Jelas Nazaruddin yang merupakan Guru Reka Bentuk Teknologi di Sekolah Menengah Agama [...]