NIAT SEDEKAH AKHIRNYA BERI MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI

Kongsi bersama
Oleh: Nur Ifarna Nasreen Anvardeen JOHOR BAHRU, 29 Ogos 2020 – Bermula dengan hanya niat sedekah, seorang Guru Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng,  Aliff Azrai Ahmad, 30 tidak menyangka akhirnya menerima manfaat daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sebaik sahaja disahkan mengalami kecacatan kekal di siku kanan akibat kemalangan jalan raya [...]

USTAZ ABDULLAH TERIMA SEMUA MANFAAT SEBAGAI AHLI SEUMUR HIDUP

Kongsi bersama
KOTA BHARU, 25 Ogos 2020 - Allahyarham, Ustaz Abdullah Ibrahim sepanjang hayat beliau pernah menerima dan merasa semua manfaat kebajikan daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). Ustaz Abdullah yang merupakan Ahli Seumur Hidup YGMB ternyata betul-betul memanfaatkan segala insentif dan juga kelebihan yang dijanjikan apabila menjadi Ahli Seumur Hidup YGMB. Abang Ustaz Abdullah, Kamarudin Ibrahim berkata, [...]

NASIB AHLI YGMB HIDAP PENYAKIT KRITIKAL TERBELA

Kongsi bersama
DUNGUN - 17 Jun 2020, Nasib ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang ditimpa penyakit kritikal terbela tanpa mengira tempoh selama mana menjadi ahli melalui manfaat kebajikan yang disediakan. Terbaharu yang menerima manfaat kebajikan itu ialah guru SK Seberang Dungun, Terengganu, Norhayati Yasin, 47 tahun, yang menghidap kanser payudara tahap dua. Majlis penyampaian sumbangan sebanyak [...]

YGMB SEDIAKAN MANFAAT KEBAJIKAN UNTUK AHLI POSITIF COVID-19

Kongsi bersama
KUALA NERUS - Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sentiasa peka dengan keadaan semasa termasuk dalam menyediakan manfaat kebajikan untuk ahli yang dijangkiti wabak dan penyakit berjangkit. Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat berkata, terbaharu YGMB telah menambahbaik skim kebajikan daripada 18 kepada 19 manfaat demi kebajikan semua ahli yayasan. Beliau berkata, dalam [...]

KEHILANGAN HAZURA DITANGISI ANAK MURID

Kongsi bersama
JEMPOL 9 Jun 2020- Pemergian Allahyarhamah, Hazura Alauddin iaitu guru Sekolah Kebangsaan Felda Lui Selatan, Bandar Seri Jempol pada 9 Disember tahun lalu cukup dirasai. Bukan sahaja diratapi oleh keluarga Allahyarhamah, pemergian Hazura yang berumur 38 tahun akibat kegagalan fungsi otak itu juga turut ditangisi oleh murid-murid dan warga sekolah tempatnya berkhidmat. Ia terbukti apabila [...]