AHLI YGMB TERJEJAS BANJIR DIGESA TUNTUT WANG KEBAJIKAN

Kongsi bersama

BUKIT MERTAJAM, 29 Disember 2017– Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyeru semua ahlinya yang terlibat dalam kejadian banjir di negeri ini, Perlis, Kedah dan Pantai Timur baru-baru ini supaya membuat tuntutan wang kebajikan daripada badan itu dengan segera. Pemberian sumbangan kebajikan secara tunai menerusi akaun penerima akan diberikan kepada ahli yang berdaftar dengan YGMB sahaja. […]

KARYA KREATIF GURU DIKOMERSIALKAN

Kongsi bersama

KUALA LUMPUR 22 Disember 2017 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) akan bertindak sebagai sekretariat untuk mengumpul dan mendokumentasikan hasil karya kreatif golongan guru supaya dapat dipromosikan secara betul selain melindungi hak cipta mereka. Persetujuan itu dicapai hasil Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani YGMB bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) […]

GURU MENGERJAKAN HAJI TERIMA SUMBANGAN YGMB

Kongsi bersama

JENGKA, 22 November 2017 – Zahalina Mat Yusof, 46, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK LKTP Jengka 8 hari ini telah menerima sumbangan Saguhati Mengerjakan Haji berjumlah RM500.00 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat dalam satu majlis Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah berkenaan. Turut […]

PROGRAM GURU PEMBINA NEGARA BANGSA TAJAAN YGMB

Kongsi bersama

KELANTAN, Oktober 2017 – Program Guru Pembina Negara Bangsa tajaan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah diadakan baru-baru ini di Gua Musang pada 30 Oktober 2017 dan Kuala Krai pada 31 Oktober 2017. Kedua-dua program tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan Skim Keahlian Baharu YGMB. Selaras dengan peranan YGMB untuk membantu meningkatkan profesionalisme […]

ALIMUDDIN PRO CANSELOR BAHARU UPSI

Kongsi bersama

TANJUNG MALIM 24 Oktober 2017: Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dilantik Pro Canselor baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pelantikan beliau sempena Istiadat Konvokesyen UPSI ke-19, yang berlangsung tiga hari, bermula hari ini. Alimuddin menggantikan Tan Sri Yahaya Ibrahim yang tamat pelantikan pada Ogos lalu. Majlis penyerahan watikah pelantikan disempurnakan oleh Raja […]