YGMB SUMBANG RM50,000 KEPADA WARIS MANGSA PUSAT TAHFIZ

Kongsi bersama

KUALA LUMPUR, 20 September 2017– Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dicadangkan kerajaan berupaya memperkukuhkan aspek pentadbiran sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan pindaan tersebut bakal membolehkan peruntukan ber­kaitan pendaftaran sekolah agama swasta dimasukkan dalam akta berkenaan. “Sebelum ini, pusat tahfiz berada di bawah kendalian kerajaan negeri […]

WAKIL GURU TERHARU TERIMA SUMBANGAN YGMB

Kongsi bersama

KENINGAU, 12 Ogos 2017 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan bagi faedah Kos Perubatan dan Elaun Hospital berjumlah RM10,150 kepada wakil Mustiah Diris di dalam Program GM1M PPD Keningau yang telah diadakan di SJK (C) Yuk Yin. Mustiah Diris, 46, yang bertugas di SK Pamol telah mengalami kecederaan parah apabila […]

YGMB SOKONG AHLI SAMBUNG BELAJAR

Kongsi bersama

PUTRAJAYA, 1 Ogos 2017 –Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan bagi faedah Kemasukan Ahli Ke IPTA berjumlah RM1,000 kepada Zuliana Zamzam, guru dari SK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya. Beliau sedang mengikuti pengajian secara separuh masa peringkat sarjana di UKM. Sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan […]

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN KEAHLIAN BAHARU YGMB

Kongsi bersama

PUTRAJAYA, 23 Julai 2017– Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di Marina, Putrajaya semalam berlangsung ceria. Dalam majlis itu, guru SJK (C) Chung Hwa ‘P’, Kuala Lumpur, Faridah Mohd Jamaludin (tiga dari kiri) turut memenangi hadiah utama berupa sebuah Motosikal Honda Beat F1. Antara pemenang lain yang bertuah adalah Mohd Dzulhafidzan […]

TINGKAT PROFESIONALISME GOLONGAN PENDIDIK

Kongsi bersama

MARAN, 20 Julai 2017 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) melangkah setapak ke fasa baharu apabila tidak hanya menumpukan kepada kebajikan guru semata-mata tetapi membantu meningkatkan profesionalisme golongan pendidik. Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, sehingga kini hampir 30,000 guru dari seluruh negara telah menyertai program peningkatan profesionalisme yang dianjurkan pihaknya sejak […]