KEMALANGAN JALAN RAYA NORELIZA TERIMA RM10,000
Noreliza Wati Hafizi, 36, kakitangan sokongan sekolah gembira kerana berpeluang menyertai dan menerima faedah-faedah yang YGMB berikan.
12 Februari 2018 beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Akibat kemalangan tersebut, Noreliza patah peha kiri dan kakinya terpaksa dimasukkan besi. Noreliza Pembantu Tadbir SK (LKTP) Keratong 7, Rompin terpaksa bercuti selama empat bulan.
“Akibat kemalangan tersebut saya menerima sumbangan sebanyak RM10,000 bagi kos perubatan hospital. Tidak sampai dua tahun menyertai YGMB saya sudah dapat dua faedah yang ditawarkan.”
“Sebelum ini pun saya pernah terima sumbangan RM300 sebagai hadiah kelahiran anak kelima walaupun baru tiga bulan menjadi ahli YGMB. Mungkin ada hikmahnya dan selepas ini saya berharap dapat dipindahkan ke sekolah berdekatan rumah,’’ kata Noreliza yang sudah 13 tahun berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan.
“Saya amat bersyukur di saat saya memerlukan bantuan YGMB hadir membantu. Pada sesiapa yang belum menjadi ahli YGMB, cepat-cepatlah mendaftar kerana banyak faedahnya bila anda menyertai yayasan ini.”