KUNJUNGAN ZIARAH YGMB DI KLUANG
Program Kunjungan Ziarah YGMB pada kali ini diketuai YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB disertai bersama Shahat Md Shah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang dan Hasnah Abd Ghani, Guru Besar SK Seri Kg. Tengah, Kluang dan para pegawai dari PPD Kluang mengunjungi dua warga pendidik daerah Kluang yang berada dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.
KG. MELAYU KLUANG, KLUANG
Kunjungan pertama ke Jalan Kasturi, Kg. Melayu Kluang bagi mengunjungi Hatta Kaspin, guru di SK Seri Kampung Tengah Kluang yang menghidap penyakit diabetes yang kronik sehingga menyebabkan kehilangan kedua-dua belah kaki beliau. Ustaz Hatta masih bertugas dan mengajar di sekolah berkenaan.
HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM (HEBHK), KLUANG
Kunjungan seterusnya ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi menziarahi Nazir Abd Rahman Penolong PPD Perhubungan & Aduan, PPD Kluang yang diserang stroke ketika menguruskan taklimat dalam mesyuarat di SK Kg. Melayu pada 16 Oktober 2018 yang lepas. Beliau dibawa dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HEBHK dan masih dalam keadaan koma (pada hari kunjungan)