LAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK, BERKEMAHIRAN TINGGI
JENGKA, 18 Mei 2017 – Kira-kira 100 pelajar melibatkan 52 buah sekolah rendah di daerah Maran, Pahang terlibat dalam pertandingan Koakademik Bahasa Melayu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jengka 11 baru-baru ini.
Upacara penutup pertandingan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Datuk Wan Munadi Wan Mamat. “Pertandingan itu bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran bagi melahirkan generasi cemerlang. Ia selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang mahu pelajar mempunyai kemahiran tinggi dalam segala aspek dan bukan cemerlang dalam akademik semata-mata,” kata Wan Munadi.
SK Jengka 11 dinobatkan sebagai juara bagi kategori pantun manakala SK Bandar Pusat membolot kategori pidato. Johan bercerita tahap satu pula dimenangi SK Bukit Lada manakala SK Bandar Pusat memenangi kategori tahap dua.
Sumber: Kosmo