PENYAMPAIAN FAEDAH KEBAJIKAN AHLI YGMB DI BATU PAHAT
Dalam penyampaian sumbangan yang mengambil slot sempena Program Perjumpaan Profesional Menteri Pendidikan Bersama Warga Pendidikan Daerah Kluang pada kali ini, sebanyak 12 faedah kebajikan Ahli YGMB telah disampaikan sendiri oleh YB. Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia yang juga merupakan Penaung YGMB.
Penyampaian dimulakan kepada 7 penerima faedah kebajikan ‘Hadiah Persaraan’ yang merupakan Ahli Seumur Hidup YGMB dari sekitar daerah Kluang dan kesemua mereka menerima RM200 setiap seorang. Mereka adalah :
1) Tumirah Samat – No. Ahli : 50796
2) Norasmah Ismail – No. Ahli : 2070
3) Mazlan Othman – No. Ahli : 2166
4) Chee Joo Moi – No. Ahli : 104425
5) Hamidah Ahmad – No. Ahli : 108948
6) Baharudin Razali – No. Ahli : 108949
7) Siti Hasniah Abd Hamid – No. Ahli : 108965
Seterusnya kepada Siti Noor Fakhariyah Md Shahid (No. Ahli : 1674634) guru dari SK Bukit Tongkat, Kluang merupakan Ahli Skim 16 YGMB yang menerima RM300 untuk faedah kebajikan ‘Kelahiran Anak’ yang dilahirkan pada 12 Jun 2018.
Turut menerima faedah adalah Norazah Mustapha (No. Ahli : 1669258) guru dari SMK Pasir Putih, Pasir Gudang dan Tan Kuan Tee (No. Ahli : 1678389) guru dari SJKC Foon Yew 1, Johor Bahru. Kedua-dua mereka juga merupakan Ahli Skim 16 yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima RM1000 setiap seorang bagi faedah kebajikan ‘Insentif Pendidikan Ahli Ke IPT.
Seterusnya penyampaian faedah kebajikan ‘Khairat Kematian Ahli’ kepada Ahli Skim 16 YGMB, Mendiang Mohana Baskaran (No. Ahli : 156831) yang disampaikan kepada ibu mendiang, Saroja Arjunan sebagai waris yang menerima RM8000. Mendiang seorang guru dari SJKT Ladang Sg. Plentong, Johor Bahru berusia 30 tahun telah meninggal dunia pada 13 Mei 2018 disebabkan darah beku di bahagian kepala.
Penerima tertinggi pada penyampaian kali ini adalah Aliff Azrai Ahamad (No. Ahli : 1677666) guru dari SMK Yong Peng yang telah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya pada 17 April 2018 dan memerlukan pembedahan di bahagian tangan telah dilakukan. Sebagai Ahli Skim 16, beliau telah menerima RM10,000 untuk faedah kebajikan ‘Kemalangan Jalan Raya – Kos Perubatan Hospital Swasta’
Pada penyampaian kali ini, YB Menteri Pendidikan turut diiringi bersama Azman Adnan, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor selaku wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Ishak Mahbob, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad serta dif-dif kehormat yang lain.