DASAR PRIVASI
Notis Privasi Yayasan Guru Malaysia Berhad
Yayasan Guru Malaysia Berhad (selepas ini disebut sebagai ‘Kami’) komited untuk melindungi data peribadi dan mengambil kira hak anda dalam pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi anda. Kami sentiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan data peribadi anda.
Pengumpulan Data Peribadi
Kami boleh mengumpul data peribadi terus daripada anda (contohnya apabila anda mendaftar untuk satu produk dan/atau perkhidmatan kami (melalui pejabat/laman web) dan/atau dari analisis perkhidmatan kami. Maklumat peribadi anda mungkin juga telah diberikan kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad oleh pihak ketiga yang diberi kuasa oleh pasangan anda, sebuah syarikat di mana anda seorang pengarah, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda adalah seorang rakan kongsi untuk produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga ini telah diminta oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad atau telah diberikan kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad. Dalam konteks ini, istilah “anda” dalam Notis Privasi ini dilanjutkan untuk mana-mana individu yang data peribadi telah diberikan kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad dan/atau telah dikumpul semasa anda membuat apa-apa urusan dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad.
Data peribadi yang kami kumpulkan dan proses mungkin merangkumi maklumat-maklumat berikut:-
- Nama, Nama Syarikat dan Jawatan Pekerjaan
- Maklumat untuk dihubungi termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel;
- Maklumat demografik seperti poskod, kecenderungan dan minat;
- Maklumat peribadi/kewangan seperti borang EA, tarikh lahir, umur, nombor kad pengenalan, pendapatan bulanan, sejarah pembayaran dan pembiayaan; dan
- Sebarang maklumat lain yang relevan kepada perkhidmatan kami
Selain itu, kami mungkin meminta data peribadi yang sensitif apabila anda memohon perkhidmatan tertentu yang memerlukan maklumat berkenaan. Data peribadi sensitif merujuk kepada data berkaitan kesihatan fizikal dan mental, pendapat politik dan kepercayaan agama. Jika terdapat keperluan bagi kami untuk mengumpul atau memproses data peribadi sensitif, kami akan mendapatkan persetujuan secara nyata (“explicit consent“) daripada anda terlebih dahulu.
Pada masa yang sama, kami mungkin mengumpulkan data peribadi bukan Ahli daripada anda (contohnya maklumat pasangan anda atau penama) apabila anda memohon sesuatu produk atau perkhidmatan. Anda perlu mendapatkan persetujuan pihak berkenaan sebelum memberikan data peribadi tersebut kepada kami untuk membolehkan kami memproses data peribadi mereka.
Memproses Data Peribadi
Data peribadi boleh diproses oleh kami dan/atau ejen sah untuk tujuan berikut:-
- untuk berkomunikasi dengan anda;
- untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana anak syarikat kami;
- untuk menilai permohonan anda kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad bagi produk dan perkhidmatan;
- untuk memproses transaksi pembayaran;
- untuk menguruskan dan mengekalkan akaun dan kemudahan;
- untuk mengesahkan kedudukan kewangan menerusi pemeriksaan rujukan kredit;
- untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian secara am;
- untuk menguruskan pembabitan anda dalam sebarang peraduan dan/atau sebarang kempen;
- untuk melaksanakan aktiviti dalaman;
- untuk melakukan kaji selidik pasaran dan analisis trend bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan kami;
- untuk memenuhi keperluan pihak berwajib/keperluan perundangan/undang-undang yang termaktub;
- untuk aktiviti Yayasan lain yang sah dan berkaitan.
Adalah perlu bagi Yayasan Guru Malaysia Berhad untuk memproses dan menzahirkan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan di atas. Jika anda ingin menarik balik persetujuan untuk kami memproses dan menzahirkan data peribadi untuk tujuan-tujuan di atas, kami tidak dapat menawarkan perkhidmatan kami kepada anda.
Penzahiran Data Peribadi
Adalah dimaklumkan dalam sebarang situasi dan jika diperlukan ketika melaksanakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, Yayasan Guru Malaysia Berhad boleh menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:-
- sebarang organisasi yang dilantik untuk berkhidmat sebagai ejen Yayasan Guru Malaysia Berhad;
- sebarang organisasi untuk melengkapkan transaksi yang diminta oleh anda;
- penyedia-penyedia perkhidmatan kewangan (contohnya: syarikat-syarikat takaful);
- penyedia-penyedia perkhidmatan kami;
- sebarang pihak yang dilantik oleh anda (contohnya: peguam, penasihat kewangan atau juruaudit);
- anak-anak syarikat Yayasan Guru Malaysia Berhad;
- penasihat profesional Yayasan Guru Malaysia Berhad (contohnya: juruaudit dan peguam cara);
- mana-mana pihak yang memberikan sebarang jaminan di bawah kemudahan anda;
- mana-mana pihak yang dibenarkan mengikut ketetapan undang-undang, Perintah Mahkamah dan/atau pihak berwajib dan kawal selia;
- mana-mana agensi penguat kuasa; dan/atau
- mana-mana institusi kewangan, pedagang dan/atau persatuan kad yang mempunyai kaitan dengan mana-mana produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kami.
Selain tujuan-tujuan di atas, kami mungkin memproses dan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang dilantik secara sah (contohnya: penyedia perkhidmatan atau rakan niaga strategik) bagi membolehkan kami menyediakan maklumat mengenai produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan promosi kami dan/atau pihak ketiga yang mungkin mendapat perhatian anda.
Penyimpanan Data Peribadi
Kami akan hanya menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh kami menyediakan perkhidmatan kepada anda, memenuhi keperluan peraturan dan perundangan, dan memenuhi keperluan dalaman Yayasan Guru Malaysia Berhad. Jika data peribadi anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas, kami akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal data peribadi anda.
Perlindungan Data
Kami komited dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Bagi mengelak akses dan tanpa kebenaran, kami sudah melaksanakan kaedah pencegahan fizikal, elektronik, dan prosedur pengesahan yang bersesuaian bagi melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan/atau daripada sumber lain.
Akses/Pembetulan/Kemaskinian Data Peribadi
Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami dapati daripada anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sila hubungi kami jika terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap atau bukan yang terkini.
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengenakan fi yang rendah bergantung pada maklumat yang diminta. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.
Perubahan pada Notis Privasi ini
Kami mungkin mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Privasi Notis ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.
Hubungi kami
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, permintaan atau mengemaskini data peribadi anda, anda boleh pada bila-bila masa hubungi kami di Yayasan Guru Malaysia Berhad di 03-1234567 dengan memberikan nama penuh anda dan nombor pengenalan untuk pengesahan diri.
NOTIS PRIVASI INI KALI TERAKHIR DIKEMAS KINI PADA OKTOBER 2021.