Skip to main content
x

TIDAK SIA-SIA SAYA DAN ARWAH SUAMI JADI AHLI

BANDAR TUN RAZAK JENGKA – 6 Feb 2020, Majlis penyerahan sumbangan Khairat Kematian Allahyarham Cikgu Azlan Hasan (51 tahun) kepada waris yang juga isteri Allahyarham, Cikgu Rohayati Mat Yusop telah diadakan di SK Jengka Pusat 2.

Sumbangan bernilai RM8,000.00 telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat sambil disaksikan oleh Guru Besar SK Jengka Pusat 2, Yasin Maarof. Allahyarham yang bertugas sebagai Guru Besar di SK Jengka 2 meninggal dunia pada 28 Januari 2020 akibat serangan angin ahmar.

“Tidak sia-sia saya dan arwah suami jadi ahli. Saya dan arwah suami sama-sama mengisi borang ahli YGMB kira-kira lima tahun lalu,” kata Rohayati yang juga merupakan GPK Kurikulum di SK Jengka Pusat 2. Sebagai ahli YGMB, Rohayati turut menerima Khairat Kematian Pasangan sebanyak RM1,000.00 menjadikan nilai keseluruhan diterima oleh beliau berjumlah RM9,000.00.