Enter your keyword

post

YGMB SUMBANG RM50,000 KEPADA WARIS MANGSA PUSAT TAHFIZ

KUALA LUMPUR, 20 September 2017– Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dicadangkan kerajaan berupaya memperkukuhkan aspek pentadbiran sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan pindaan tersebut bakal membolehkan peruntukan ber­kaitan pendaftaran sekolah agama swasta dimasukkan dalam akta berkenaan.

“Sebelum ini, pusat tahfiz berada di bawah kendalian kerajaan negeri dan sekiranya pindaan dilakukan, kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa ke atas pusat pengajian tersebut.

“Apabila pindaan dilaksanakan, kerajaan Persekutuan bo­leh menyelaraskan pentadbiran dan memberi bantuan kepada sekolah terbabit,” katanya kepada pemberita selepas me­ngadakan lawatan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, kerajaan bercadang membuat pindaan akta tersebut bagi membolehkan aspek pendaftaran sekolah agama swasta dimasukkan ke dalam akta berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, Mahdzir turut menyampaikan bantuan kewangan bernilai RM50,000 sumbangan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) kepada pengurusan dan waris mangsa-mangsa kebakaran di pusat tahfiz berkenaan minggu lalu.

Yang turut hadir, Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom serta Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Mahdzir berkata, buat permulaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membantu memperhalusi cadangan tersebut dan usaha itu akan dipantau oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Antaranya, mungkin pindaan akta juga membolehkan pendidikan kokurikulum di­tam­bah di pusat tahfiz selain kurikulum sedia ada,” katanya.
Sumber: Utusan

Whatsapp kami
1