portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

GURU MATEMATIK MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

Galeri

KOTA BHARU – Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes Covid-19 mencatatkan peningkatan sejak November tahun lalu namun secara keseluruhannya keadaan di negara ini masih dalam keadaan terkawal.

Di Kelantan, Wan Pauzi Ab Rahman, 54, seorang guru Matematik Tingkatan Enam, di SMK Tanah Merah 1 telah meninggal dunia Disember lalu setelah mengalami gejala ringan seperti batuk.

Menurut isterinya, Maznita Muhammad yang juga bertugas sebagai guru di SMK Long Gafar Paser Tumboh memberitahu bahawa pemergian suaminya secara mengejut itu memberi tamparan hebat buat dirinya.

“Saya tak sangka secepat ini arwah meninggalkan kami kerana beliau hanya mengadu batuk dan tetap cergas serta aktif sepanjang minggu penganjuran hari sukan di sekolahnya.”

“Hari arwah meninggal, saya sempat kejut arwah untuk solat subuh namun dia tiba-tiba terduduk dan mengadu terlalu penat serta berasa sukar untuk bernafas.”

Beliau kemudiannya membawa suaminya ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum pihak klinik menghantarnya ke Hospital USM, Kubang Kerian.

Arwah yang disahkan meninggal dunia di dalam ambulans semasa dalam perjalanan menuju ke hospital tersebut sempat diberi bantuan pernafasan (CPR).

Sehubungan itu, YGMB telah menyampaikan manfaat Khairat Kematian berjumlah RM27,011.95 kepada Maznita di satu majlis yang diadakan di SMK Puteri Kota Bharu baru-baru ini.