portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU DILANGGAR MOTOR PATAH IBU JARI TANGAN TERIMA RM5,000

Galeri

MUAR – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah menyerahkan wang manfaat kepada Ahli Skim 16 bagi tuntutan Kemalangan Jalan Raya (Kos Rawatan Hospital) sebanyak RM5,450.55 di sini baru-baru ini.

Varatharasan a/l Selkadurai yang mengajar mata pelajaran Sains di SJK Tamil, Ladang Lanadron selama 19 tahun itu mengalami kemalangan jalan raya pada November tahun lalu.

Motosikal yang ditunggang oleh beliau ketika dalam perjalanan pulang ke rumah telah bertembung dengan sebuah lagi motosikal dan akibat daripada pelanggaran tersebut, ibu jari tangan kanannya telah patah.

Varatharasan yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Muar juga memaklumkan, segala kos perubatan ditanggung oleh pihak insurans peribadinya.

“Meskipun kos perubatan bagi rawatan yang saya terima ketika itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans, namun terdapat sebahagian kos lain antaranya rawatan susulan perlu ditanggung oleh saya sendiri dan dengan tambahan manfaat seperti yang saya terima daripada YGMB ini sangat membantu saya menampung kos itu nanti.”

Dalam pada itu Varatharasan turut menzahirkan penghargaannya kepada YGMB kerana mempermudahkan proses tuntutannya.