portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

WANG KHAIRAT KEMATIAN DISUMBANGKAN UNTUK MASJID

Galeri

SEGAMAT – “Wang Khairat Kematian yang ditinggalkan oleh arwah suami, saya akan agihkan untuk diberikan kepada tiga buah masjid sepertimana yang diamanahkan olehnya.”

Itu luahan Fauziah Wahis, 54, isteri kepada Guru Besar SK LKTP Pemanis 1, Segamat yang meninggal dunia pada hujung tahun lalu.

Suaminya, Allahyarham Mohamed Salehin Mohamed Yassin yang merupakan Ahli Skim Emas sejak 2021 itu disahkan menghidap kanser perut sejak awal tahun 2022.

Menurut Fauziah, arwah telah meminta dia dan kesemua anaknya untuk membacakan surah Yasin untuknya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Disember lalu.

Dalam pada itu katanya, semasa hayat suaminya, beliau sering berpesan kepada rakan-rakan guru untuk mengambil Skim Keahlian YGMB kerana skim yang tersedia sangat memberi manfaat.

Terdahulu, YGMB telah menyerahkan Khairat Kematian berjumlah RM52,024.59 kepada Fauziah dalam sebuah majlis yang diadakan di SK LKTP Pemanis 1 baru-baru ini.