portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU MAUT KERETA TERBABAS MASUK LONGKANG

Galeri

KUALA LUMPUR, 29 Februari 2024 – Seorang guru maut selepas kereta dipandu suaminya terbabas ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman suaminya di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun lalu.

Nor Zafirah Abdullah, 33, yang bertugas di SK Sri Skudai, Johor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu menyebabkan Allahyarhamah Nor Zafirah tersepit di tempat duduk dan disahkan maut di lokasi kejadian manakala suami dan anak lelaki berusia dua tahun pada ketika itu cedera ringan.

Menurut suaminya, Mohd Syamsul Fitri Saad menceritakan bahawa rakan-rakan guru arwah memaklumkan arwah menunjukkan kelakuan yang pelik sebelum beliau bercuti untuk pulang ke kampung.

“Arwah sempat mengemas meja kerjanya dengan sangat rapi dan bersih dan kebiasaannya arwah tidak akan mengosongkan mejanya tetapi ketika itu, arwah berulang kali masuk ke bilik guru untuk kemas barangan di atas mejanya.”

Mohd Syamsul turut berkata, Khairat Kematian isterinya yang juga merupakan Ahli Skim 16 YGMB itu dianggap sebagai hadiah terakhir daripada isterinya buat anak mereka yang baru berusia tiga tahun.

“Saya menganggap itu adalah hadiah terakhir daripada arwah buat Mohd Saif Zafri yang telah kehilangan kasih sayang ibunya dan saya berjanji akan membesarkan dan mendidiknya menjadi anak yang soleh.”

Beliau ditemui pada sebuah majlis penyerahan manfaat Khairat Kematian Kemalangan Jalan Raya arwah isterinya sebanyak RM28,000 yang disampaikan oleh Tuan Haji Roslan Abu Hassan, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) di JPWPKL.