portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

”REBUTLAH PELUANG UNTUK MENJADI AHLI YGMB KERANA MANFAATNYA CUKUP BERMAKNA” – ISTERI AHLI SKIM EMAS

Galeri

KUALA LUMPUR, 29 Februari 2024 – Seorang guru memilih untuk bertukar keahlian kepada Ahli Skim Emas selepas suaminya yang merupakan ahli skim tersebut meninggal dunia pada tahun baharu yang lalu.

Tan Bee Na, 59, bertugas di SMK St. Anthony, Teluk Intan, Perak sebelum ini merupakan Ahli Seumur Hidup.

“Saya juga adalah Ahli Seumur Hidup, tetapi hari ini saya masuk untuk daftar sebagai Ahli Skim Emas kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku, seperti mendiang suami saya dia masuk ASE pada 2022 dan 2024 beliau meninggalkan kami semua.”

Mendiang suaminya, Ng Choo Hong, 60, disahkan menghidap kanser usus sejak 2022 telah memberi pesanan kepadanya untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Suami saya memberitahu dan berpesan untuk saya menjaga diri dan anak-anak dengan baik sekiranya berlaku apa-apa kepada beliau,”

Tambahnya, mendiang sempat menyediakan segala dokumen berkaitan keahliannya dengan YGMB bagi memudahkan beliau untuk membuat sebarang tuntutan.

Tambah Tan Bee Na, segala urusan tuntutan adalah mudah dan segala maklumat boleh didapati di laman sesawang YGMB.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada YGMB memandangkan seorang lagi anak masih belajar di tahun akhir dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan duit ini saya akan gunakan sebaiknya untuk menyelesaikan urusan mendiang yang masih tertunggak.”

Beliau ditemui pada sebuah majlis penyerahan manfaat Khairat Kematian mendiang suaminya sebanyak RM52,012.17 yang disampaikan oleh Tuan Haji Roslan Abu Hassan, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) di JPWPKL.