portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

GURU HIDAP KANSER BERSYUKUR TERIMA MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL DAPAT TAMPUNG KOS RAWATAN

Galeri

BANDAR JENGKA, 3 April 2024 – Kanser payudara adalah merupakan antara penyakit yang paling digeruni terutamanya oleh golongan wanita.

Begitu juga bagi seorang guru, Rohazlinda Abu Hanipah, 51, yang mengajar di SMK Jengka 16, apabila beliau disahkan menghidap kanser payudara pada Oktober tahun lalu.

Beliau yang kini dalam proses rawatan sentiasa berdoa dan berusaha untuk pulih seperti sediakala agar dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik.

“Saya kini sedang menjalani rawatan kimoterapi di hospital swasta di Kuala Lumpur dan ini adalah merupakan kimoterapi kesembilan.”

Tambah beliau, meskipun mempunyai insurans lain, namun itu hanyalah merupakan pelan simpanan dan tidak menampung kos perbelanjaan rawatannya.

“Insurans saya yang lain adalah merupakan simpanan dan belum mencapai tempoh matang untuk dikeluarkan dan dengan wang manfaat yang diberikan oleh YGMB inilah dapat saya gunakan bagi menampung kos rawatan di hospital.”

“Tanpa manfaat daripada YGMB ini, pastinya saya perlu menggunakan simpanan sendiri dan sebagai Ahli YGMB saya sangat bersyukur kerana banyak perkara dapat diselesaikan terutamanya dalam keadaan kecemasan seperti yang saya alami sekarang.”

Rohazlinda yang tidak dapat hadir ke majlis telah diwakili oleh anaknya kerana sedang menjalani rawatan kimoterapi di Hospital KPJ Ampang, Kuala Lumpur menerima manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM25,040.83 pada satu majlis penyerahan manfaat yang diadakan di SK Desa Jaya, Bandar Jengka.