SEREMBAN – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah menyerahkan manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000 kepada waris Ahli Skim 16 (AS16), Dinesh a/l Anbuarasan, 30.
Mendiang Santhy a/p Sanderan yang meninggal dunia pada usia 51 tahun akibat masalah jantung pada April lalu adalah merupakan seorang guru Bahasa Tamil yang telah berkhidmat selama 17 tahun di SJK(T) Ladang Sagga juga merupakan seorang ibu tunggal sejak 19 tahun lalu.
Penyerahan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Pengurusan Pendaftaran Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan iaitu Badrulhisham Abdul Ghani dan diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Menengah dan Tingkatan Enam, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Haji Omar dalam sebuah program Ceramah Anti-Scam Terhadap Warga Pendidik anjuran bersama Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di Dewan SJK(C) Chung Hua.