portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

AHLI SKIM EMAS TERIMA MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL RM50,000, SUAMI SERU WARGA PENDIDIK DAFTAR KEAHLIAN YGMB

Galeri

LANGKAWI, 11 November 2024 – Seorang Pembantu Tadbir, Hadibah Ismail, 55 tahun, yang disahkan menghidap kanser usus kecil sejak hujung tahun lalu menerima manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM50,168.43.

Hadibah yang diwakilili suaminya Shahar Hanaffi telah menerima manfaat tersebut yang disampaikan oleh KPP Kanan Prasekolah dan Rendah JPN Kedah, Haji Nadzhari Mahmud dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.

Shahar menyatakan rasa syukur kerana mereka dapat menggunakan wang manfaat tersebut pada saat-saat yang sukar. Beliau yang merupakan pekerja di sektor swasta turut memberi sokongan penuh terhadap YGMB dan menyeru agar lebih ramai warga pendidik di negara ini mendaftar dengan yayasan tersebut.

Hadibah yang berkhidmat di SMK Tunku Putra, Langkawi yang kini sedang bercuti sakit kerana menjalani rawatan lanjut di hospital, mengucapkan terima kasih kepada YGMB atas sokongan yang diberikan.