KUALA TERENGGANU, 13 Januari 2025 – Seorang Ahli Skim 18 yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di SK Rengas Bekah meninggal dunia selepas mengalami tekanan darah rendah di rumahnya pada Oktober tahun lepas.
Allahyarhamah Ramlah Muda yang berusia 57 tahun telah menamakan Rosli Awang iaitu suaminya dan anak mereka, Nuqman Naqiuddin sebagai waris bagi manfaat Khairat Kematian yang berjumlah RM27,030.63.
Sehubungan itu, YGMB telah menyerahkan manfaat Khairat Kematian tersebut kepada Nuqman Naqiuddin pada sebuah majlis penyerahan manfaat yang diadakan di SK Bukit Payong.
Penyerahan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi YGMB Dato’ Haji Abdul Muie Ngah dengan diiringi bersama Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.