KUANTAN, 24 Februari 2025 – Guru Besar SK Jengka 1, Cikgu Zuraidah Abu Bakar yang merupakan isteri kepada Ahli Skim Emas hari ini menerima manfaat Khairat Kematian suaminya yang meninggal dunia pada November tahun lalu.
Suaminya Allahyarham Mohamad Khizar Awang merupakan seorang guru dan telah berkhidmat kali terakhir di SK LKTP Kampung Awah meninggal dunia pada usia 62 tahun baru sahaja menjadi ahli selama satu tahun selepas persaraanya.
Sehubungan itu, Cikgu Zuraidah yang sebelum ini telah menerima manfaat Khairat Kematian Pasangan berjumlah RM2,000 hari ini turut menerima manfaat Khairat Kematian arwah suaminya sebagai waris utama sebanyak RM52,009.60.
Disediakan oleh,
Siti Mariam Nur Ulfah Zulkipli
Eksekutif Bahagian Sumber Maklumat dan Media
YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD