Rombongan YGMB telah meluncur ke selatan tanah air iaitu sebuah sekolah di Melaka Bandaraya Bersejarah baru-baru ini.
Lokasi dituju SMK Tan Sri Abdul Aziz Tapa, Jasin untuk bertemu dengan tiga ahli kami yang tidak menyangka apabila keputusan untuk menyertai YGMB telah mengalirkan rezeki tidak disangka.
Kami bertemu untuk menyerahkan manfaat Penyakit Kritikal lebih RM50,000 kepada Pengetua sekolah, Jamilah Ab. Aziz. Beliau yang sedang menjalani rawatan kanser payudara telah menyertai Ahli Skim Emas sejak tiga tahun lalu.
Seusai itu, kami menyerahkan pula manfaat Khairat Kematian RM8,000 kepada Roszita Md. Ali, balu Allahyarham Mazlan Abu Hassan. Arwah Mazlan menjadi Ahli Skim 16 sejak Jun 2013 telah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Penyerahan tamat selepas Harith Kamil yang juga menerima manfaat Khairat Kematian RM8,000. Harith merupakan anak Allahyarham Sabarilah Long. Sabarilah merupakan Ahli Skim 16 yang menyertai YGMB sejak enam tahun lalu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
YGMB mendoakan semoga semua penerima manfaat tersebut dipermudahkan segala urusan pada masa hadapan.