portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

YGMB PERIHATIN PEMBANTU MAKMAL TERIMA MANFAAT

Galeri

YGMB terus menetapati janjinya apabila menyerahkan manfaat Penyakit Kritikal lebih RM25,000 kepada seorang Pembantu Makmal, Raja Maizatul Akhma Raja Mamat selepas disahkan menghidap kanser payudara.

Maizatul Akhma 49 tahun, berkhidmat di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu menerima manfaat tersebut selepas menyertai Ahli Skim 18 sejak Februari 2020.

Pada majlis sama, YGMB turut menyerahkan manfaat Khairat Kematian RM8,000 kepada Wan Azhari Wan Ariffin selepas isteri tercinta, Allahyarhamah Saniyunis Yaakob pergi menghadap Ilahi akibat kegagalan fungsi organ baru-baru ini.

Ketika hayatnya, arwah Saniyunis yang bertugas sebagai guru prasekolah di SK Kepong telah menjadi Ahli Skim 18 sejak Oktober 2016.

Kedua-dua manfaat tersebut disampaikan Timbalan Pengerusi YGMB, Dato’ Abdul Muie Ngah sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat ketika hadir pada Program Pemantapan Profesionalisme dan Peningkatan Kemahiran Pengurusan Prasekolah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Tahun 2025.