portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU HIDAP KANSER TERIMA MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL

Galeri

Pada 10 April lalu, YGMB telah menyerahkan manfaat Penyakit Kritikal Ahli Skim 18 dan Khairat Kematian bagi Ahli Skim 16 iaitu Rasidah Che Deris dan waris Allahyarham Shuib Atmari, Sundusia Albi.

Rasidah bersyukur apabila menerima lebih RM25,000 selepas disahkan menghidap kanser payudara dan memberitahu wang itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan yang sedang dia jalani.

Sementara itu, Sundusia pula menerima RM8,000 selepas suaminya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang. Pasangan itu mempunyai lima anak yang kini hilang tempat bergantung.

Dua penerima itu ditemui ketika Seminar Program Profesionalisme Psikologi dan Kaunseling 2025 di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.