portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

ZIARAH KASIH YGMB SUNTIK SEMANGAT TERUS BERJUANG MELAWAN SAKIT

Galeri

Baru-baru ini YGMB telah melaksanakan Ziarah Kasih menyantuni tiga guru yang terlantar sakit.

Ziarah Kasih kali ini telah menemui kaunselor SMK Tun Telanai, Sarimah Ariffin yang terpaksa dibedah apabila lututnya dijangkiti kuman. Sarimah kini perlu menggunakan tongkat untuk bergerak sementara lututnya kembali pulih.

Ziarah Kasih ini juga turut mengunjungi Cikgu Mariam Mamat yang kini terlantar akibat strok. Guru SK Bukit Sawa itu diserang strok dua hari sebelum Ramadan.

Akhir sekali adalah Ustazah Bashirah Mat Kassim yang sedang bertarung melawan kanser usus yang

dihidapinya. Guru SMKA Durian Guling itu kini sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi mengekang kanser daripada merebak.

Ziarah Kasih ini disertai oleh Timbalan Pengerusi, Dato’ Abdul Muie Ngah, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat bersama beberapa pegawai PPD Marang yang terlibat.