Allahyarham Ruslan Keram, 54, yang berkhidmat di SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching telah meninggal dunia akibat kanser hati. Allahyarham yang merupakan Ahli Skim 16 telah meninggalkan empat orang anak yang berusia antara 11 hingga 20 tahun.
Isteri Allahyarham, Nur Khairunnisa Uzma Abdullah, 46, sebagai waris yang dinamakan telah menerima manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000 yang telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datu Haji Azhar Haji Ahmad di Kuching, Sarawak.