portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

KECUAIAN PEMANDU LAIN, PERGINYA ANAK SULUNG BERJIWA PENDIDIK

Galeri

MELAKA, 26 JUN 2025 – Mendiang Renuka A/P Balakrishnan, anak sulung daripada tiga beradik, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang tragis pada Februari 2025. Mendiang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

Kejadian berlaku ketika mendiang dalam perjalanan ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat guru di SJKT Ladang Senawang, Seremban.

Mendiang adalah Ahli Skim 16 sejak tahun 2014 dan telah menamakan bapanya, Balakrishnan A/L Vellian, sebagai waris utama telah menerima manfaat Khairat Kematian Kemalangan Jalan Raya berjumlah RM28,000.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat sambil diiringi oleh Ketua PPD Melaka Tengah, Yusri Seman.