PUTRAJAYA, 1 JULAI 2025 – Dua waris terima manfaat Khairat Kematian yang telah disampaikan oleh Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Datuk Haji Azman Haji Adnan di Pejabat Yayasan Guru Malaysia di sini baru-baru ini.
Allahyarhamah Nor Fauziyana Mosbiran, 37, yang merupakan guru di SK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras, telah meninggal dunia pada April lalu akibat penyakit kritikal, kanser payudara. Suami Allahyarhamah, Mohd Norazmi Nordin sebagai waris utama telah menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 18 berjumlah RM27,011.88. Manakala, Veshnu A/L Sinnaiyah waris Mendiang Thanapakiam A/P Arjunan pula menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 16 berjumlah RM8,000.

