ALOR SETAR, 9 OKTOBER 2025 – Pemergian guru muda, Allahyarham Muhammad Faruqhi Azmi, 36, akibat saluran darah tersumbat pada Mei lalu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga tercinta. Allahyarham yang merupakan Ahli Skim 16 sejak tahun 2017, telah menamakan isterinya, Syaza Yasmin Ismail, sebagai waris penerima manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000.
Allahyarham yang berkhidmat sebagai Guru Bahasa Melayu di SK Alor Janggus mula mengalami masalah kesihatan sejak tahun 2019. Pemergiannya meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masih kecil, berusia antara tiga hingga tujuh tahun.
Menurut Syaza Yasmin, beliau menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang diterima daripada Yayasan Guru Malaysia walaupun jumlahnya tidak besar, namun sangat membantu dalam menampung keperluan harian dan perbelanjaan anak-anak yang masih bersekolah.

