portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

WARIS TERIMA RM52 RIBU MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN AHLI SKIM EMAS

Galeri

KOTA BHARU, 27 OKTOBER 2025 – Allahyarham Mohamad Nozlan Omar, mantan Pengetua SMK Berangan, Tumpat, telah meninggal dunia pada Julai lalu akibat kanser saluran hempedu di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM).

Anak Allahyarham, Nur Farhana Mohamad Nozlan, hadir bagi menerima cek cura manfaat Khairat Kematian berjumlah RM52,012.57 di bawah Ahli Skim Emas Yayasan Guru Malaysia sebagai waris utama kepada arwah bapanya.

Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri yang kini mengalami lumpuh sejak 10 tahun lalu, serta empat orang anak. Penyerahan manfaat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, dalam satu majlis yang berlangsung di Kota Bharu, hari ini.