portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

ANGKASA TAWARKAN BARANGAN RUNCIT HARGA SUBSIDI DI FGM 2022

Galeri

BACHOK 12 Mei- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit pada harga subsidi kepada pengunjung di Festival Guru Malaysia (FGM) 2022.

Adnan berkata, tiada limit pembelian dikenakan kepada pengunjung dan ianya bergantung kepada stok barangan yang dibawa oleh Angkasa sepanjang lima hari festival berkenaan berlangsung.

“Antara barangan murah yang kita tawarkan ialah minyak masak botol seberat lima kilogram pada harga RM26. Harga yang kami jual ini sangat murah berbanding harga RM29.90 di pasaran ketika ini.

“Selain itu, kita juga jual tepung gandum pada harga RM2 selain banyak lagi barangan runcit yang dijual pada bawah harga pasaran,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut Adnan, jualan murah itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu para pengunjung untuk menikmati belian barangan runcit pada harga murah.

“Jadi, orang ramai di sekitar Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu disaran supaya datang beramai-ramai ke festival ini untuk mendapatkan barangan pada harga murah,” katanya.

FGM kali ini disifatkan cukup meriah selepas dua tahun negara ‘diikat’ akibat Covid-19 dengan penganjuran pelbagai acara menarik selain lebih 80 gerai jualan barangan dan makanan selain pameran agensi-agensi berkaitan pendidikan.